Tempah Custom Varsity Jacket Anda Bersama VarsityJacketMalaysia.com
Cipta Gaya Tersendiri Anda: Personalisasikan Varsity Jacket Anda Hari Ini
Sejak 2010, kami membantu pelajar, persatuan, pasukan dan syarikat menghasilkan custom varsity jacket mengikut rekaan mereka di Malaysia, Singapura dan seluruh dunia.
Kami menjayakan budaya kekitaan dengan membantu anda menonjolkan keterampilan identiti kumpulan anda.

Stail / Jenis Varsity Jaket
Lihat jenis-jenis varsity jacket yang kami boleh hasilkan untuk team anda. Mahukan jaket yang dikostumasikan sepenuhnya sesuai dengan keinginan anda? Gunakan Design Tool kami atau muat turun template dari website ini. Hubungi kami untuk bincangkan design varsity jacket anda.


Hoodie-Raglan Varsity Jacket


Classic-Raglan Varsity Jacket


Retro Varsity Jacket


Classic Varsity Jacket


Sukajan Jacket


Hoodie Varsity Jacket


Retro-Raglan Varsity Jacket
Kain dan Material lain
Kain Fleece
Kain fleece adalah kain yang biasa digunakan untuk menghasilkan jaket seperti varsity jacket dan hoodie sweatshirt. Permukaan luar kain fleece ini seperti permukaan kain t-shirt tetapi di bahagian dalamnya berbulu dan lebih tebal 2-3 kali ganda daripada t-shirt.
Kami menyediakan 2 jenis kain fleece sebagai pilihan, iaitu Polyester Fleece (PE fleece) dan Cotton Fleece (Cotton-CVC fleece).
PE Fleece


Kain PE Fleece juga dikenali dengan kain fleece polyester diperbuat daripada bahan polyester sepenuhnya dengan berat kain 280 gsm. Bahagian luarnya sedikit licin dengan penampilan yang sedikit berkilat. Ia adalah pilihan terbaik untuk anda yang mahukan jaket dengan harga ekonomi.
Pilihan warna untuk kain PE fleece:
Cotton Fleece


Pilihan warna untuk kain Cotton fleece:
Other fabric and material options:
Duchess Satin


Taslan


Taffeta Satin


Quilt


Ribknit


Hoodie String


Snap Button


Zip


Dekorasi Jaket
Berbagai jenis pilihan dekorasi kami sediakan untuk mengkostumasikan jaket team anda. Dengan berbagai jenis sulaman dan printing, anda boleh sesuaikan dengan keperluan design jaket dan juga bajet.
Ukuran Saiz
Kami sediakan saiz untuk golongan kanak-kanak dan juga dewasa hingga paling besar 8XL.
Jika anda gemarkan jaket longgar atau oversized, anda boleh pilih saiz yang lebih besar.
Pastikan betul-betul saiz jaket yang anda mahu pilih.
Saiz pakaian yang biasa anda pakai mungkin tidak sama dengan ukuran dalam carta saiz kami.




Design Tool
Gunakan Design Tool ini untuk mereka desain varsity jacket team anda
Buat rekaan design varsity jacket anda dan hantarkan kepada kami.
- Pilih jenis jaket dan gaya, tukar warna, dan mula menambah teks dan imej (logo, word art dan lain-lain).
- Setelah design siap, klik Download untuk muat turun gambar design jaket anda.
- Hantarkan design jaket anda kepada kami melalui WhatsApp, Online Contact Form atau email. Beritahu juga perkara-perkara berkaitan jaket yang anda mahu tempah.
Klik link video Buat design varsity jacket dengan Design Tool ini untuk mendapatkan panduan
Muat Turun Template
Kami juga mengediakan fail template varsity jacket dalam format pdf dan jpg. Fail pdf boleh diedit menggunakan perisian Adobe Illustrator dan fail jpg pula anda boleh gunakan aplikasi seperti Paint atau Photoshop.
Silakan muat turun fail template ini untuk mereka desain varsity jacket idaman team anda.
Classic


Classic-Raglan


Hoodie


Hoodie-Raglan


Retro


Retro-Raglan


Sukajan


Galeri
Perlukan bantuan mencari inspirasi dan idea terbaik untuk design varsity jacket team anda? Lihat gambar-gambar jaket daripada tempahan terdahulu kami kongsikan di sini.
Cara-cara Buat Tempahan


Sediakan design dan maklumat
Sediakan design varsity jacket dan maklumat tentang bilangan jaket, jenis kain, warna, dekorasi dan lain-lain.
Gunakan Design Tool atau design template yang kami sediakan di website ini untuk membuat design.


Berunding dengan kami
Hubungi kami melalui WhatsApp, e-mel atau online form. Beritahu kami tentang jaket yang anda mahu tempah. Beritahu kami juga maklumat diri anda, lokasi penghantaran dan bila anda perlukan pakaian ini.
Jika anda ada merancang bajet untuk harga jaket yang manu ditempah, jangan segan-silu beritahu kami. Kami akan bantu anda sesuaikan design dan keadaan jaket mengikut bajet anda.


Lakukan pembayaran
Kami akan memaklumkan anda tentang harga, kaedah pembayaran dan memberikan anda invois.


Proses produksi
Setelah menerima bayaran anda, kami memulakan proses produksi pakaian anda, bermula dengan menyediakan pakaian, seterusnya proses dekorasi dan kemudian pembungkusan.


Penghantaran
Setelah pakaian siap, kami akan memberitahu anda. Sekiranya terdapat baki tertunggak, ia hendaklah dijelaskan terlebih dahulu; kami akan menghantar pesanan anda dengan segera menggunakan perkhidmatan kurier.
Soalan-soalan Yang Sering Ditanya (FAQ)
Minimum tempahan custom varsity jacket ialah 12 helai bagi setiap rekaan. Beritahu kami kuantiti dan pecahan saiz untuk mendapatkan sebut harga.
Kami tidak menyediakan sampel satu helai sebelum tempahan pukal disahkan. Selepas tempahan minimum disahkan, pembuatan satu jaket pertama untuk semakan boleh dibincangkan lebih awal. Ia mungkin melibatkan caj dan masa tambahan; butirannya akan dinyatakan dalam sebut harga.
Kami sedia membantu anda membuatkan design varsity jacket anda. Berikan kami maklumat terperinci tentang varsity jacket yang ingin anda tempah – jenis kain, warna, hiasan dan sebagainya.
Kami kenakan sedikit caj yang berpatutan untuk mereka desain jaket anda.
Harap maklum kami tidak membuat desain logo anda seperti logo syarikat, logo persatuan dan seumpamanya.
Tempoh produksi biasanya sekitar 3–8 minggu selepas butiran rekaan dan tempahan disahkan. Tempoh sebenar bergantung kepada rekaan, kuantiti dan keadaan produksi semasa. Jika satu jaket pertama untuk semakan dipersetujui, masa tambahan akan dimaklumkan dalam jadual tempahan.
Pembayaran dibuat melalui pindahan bank berdasarkan sebut harga atau invois yang dipersetujui. Bergantung pada tempahan, bayaran boleh dibuat penuh atau secara deposit; sebarang baki perlu dijelaskan sebelum penghantaran.
Anda tidak perlu datang ke tempat kami untuk membuat tempahan. Perbincangan dan pembayaran dilakukan sepenuhnya secara online, ia lebih menjimatkan masa dan perbelanjaan anda.
Kami boleh mengatur penghantaran ke Malaysia, Singapura dan seluruh dunia. Anggaran masa serta kos penghantaran bergantung kepada destinasi, kaedah kurier dan keadaan logistik semasa; kami akan maklumkan selepas butiran tempahan disahkan.
Jika terdapat masalah kualiti atau apa-apa masalah tentang varsity jacket yang ditempah yang berpunca daripada pihak kami, kami akan membaiki atau menggantikannya.


Ada pertanyaan atau ingin dapatkan sebut harga?
Kami sedia membantu menjawab apa saja pertanyaan anda.
Beritahu kami cara yang anda paling selesa untuk hubungi kami:


















